Sistem e-Aduan |
“Sistem e-Aduan Kelantan” terletak di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat |
SUK Negeri Kelantan. Sistem ini merupakan satu inisiatif yang diwujudkan sebagai langkah untuk |
memperluaskan penggunaan ICT di Negeri Kelantan. Aplikasi ini berfungsi sebagai satu saluran utama |
khususnya kepada rakyat Negeri Kelantan untuk mengemukakan sebarang aduan kepada pihak kerajaan |
dengan mudah dan cepat.
Dasar dan objektif utama sistem ini adalah:- |
1) |
Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dengan lebih efektif; |
2) |
Meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang mampu memenuhi kehendak dan ekspektasi pengguna; |
3) |
Meningkatkan kualiti dari segi pengurusan aduan permasalahan yang wujud; |
4) |
Mewujudkan komunikasi dua hala secara interaktif dengan lebih berkesan di mana pengguna dapat mengemukakan aduan secara terus dan tindakan penyelesaian akan diambil dalam jangkamasa yang agak cepat; |
5) |
Menggalakkan penggunaan ICT di kalangan rakyat Negeri Kelantan sekaligus meningkatkan budaya celik IT. |