Maklumat Permohonan Lesen
Perlesenan ladang unggas :
- Setiap ladang unggas yang beroperasi di Negeri Kelantan wajib untuk mendapatkan lesen daripada JPVNK mengikut Seksyen 5 (1) EPU 2005 Negeri Kelantan.
- Denda yang dikenakan bagi mana-mana ladang unggas yang beroperasi tanpa lesen adalah tidak kurang RM 5,000.00 dan tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.
Pengeluaran & Pembaharuan lesen
- Lesen yang dikeluarkan oleh pegawai pelesen dibuat dalam Borang B Jadual Kedua.
- Permohonan pembaharuan lesen selepas tamat tempoh dikenakan penalti RM1,000.00 bagi permohonan lewat.
- Pemegang lesen hendaklah memohon kepada pegawai pelesen untuk memperbaharui lesen 3 bulan sebelum tarikh tamat lesen.
- Permohonan untuk memperbaharui lesen yang dikemukakan kurang 3 bulan sebelum tarikh tamat lesen boleh dikenakan penalti tidak melebihi RM100.00.
Peranan Pemegang Lesen
- Lesen WAJIB dipamer di premis.
- Lesen tidak boleh dipindahmilik atau diserahkan atau diuruskan selainnya.
- Mengemukakan lesen jika diminta oleh pihak berkuasa (Gagal mengemukakan: denda tidak kurang RM1,000).
- Mematuhi syarat-syarat lesen sepanjang tempoh lesen itu berkuatkuasa ( Jika didapati melanggar,denda tidak kurang RM5,000 atau tidak kurang 6 bulan penjara atau kedua-duanya ).
Penolakan Permohonan Lesen
- Tidak memenuhi syarat permohonan lesen.
- Mendatangkan pencemaran alam.
- Memudaratkan harta benda awam.
- Mendatangkan bahaya kesihatan awam.